pertama sekali, aku notice yang majoriti rakyat malaysia ni, prihatin sangat. kurios nak amik tau hal orang. tapi, sekadar nak tahu je la, bukan nak tolong ke apa.. contoh macam accident..kalau diorang turun bantu takpe lah jugak kan. ni setakat buat sesak jalan baik tak payah. jakun gila babi tengok accident macam tengok bunga api di tahun baru. lepas tu boleh pulak cakap
" uish ni mesti mati punya ni abah " ...
" kesian kesian.. mak ayah dia dah tau belum ni "...
" banyak nye darahhhhh.. ee.. geli geli... *tutup mata sebelah dan suruh driver bawak slow sikit"
takut, tapi menggedik nak tgk.
tapi rileks la..
accident tu kira ok lagi. ni paling tak boleh tahan,sebijik kete kena tahan dengan polis kat highway ,semua orang kelam kabut nak berhenti tengok.break baikkk punya ni . konsern punya pasal.
watahelman?
dah tiba masa korang yang jakun dengan benda-benda macam accident dan sebagainya, take it to the next level of jakun-ness. Cara-caranya adalah seperti:
1) Sorang, kena ambil inisiatif, pull over je. selamba adab. control traffic dan tolong jaga parking. kat emergency lane tu sebenarnya memang tempat parking untuk orang jakun macam korang. lek parking je. apa ada hal?
2) sediakan handycam dalam kereta. kalau sengkek, boleh pakai phone camera je. record. bila dah sampai destinasi, contoh kat kolej ke, pinjam projector dari pejabat dan tayangkan kat semua orang. baru lah orang tau yang kau giler in dengan benda-benda macam ni.
3) kalau yang accident tu lori ayam ke kuda ke, sailang je dua tiga ekor bawak balik. atleast ada gak souvenier yang korang boleh banggakan dekat rumah nanti.
4) jangan lupa bawak kadbod atau kertas mahjong. oh ye, marker pen kaler merah. yang terang-terang la kan. disini perlu ada kerjasama yang padu. saksi awal kena beritahu si pembawa alat tulis ni kejadian sebenar.
ok, dah settle ( tulis besar-besar kay, kecik susah baca nanti.dah satu hal lagi kena komplen ) , cari signboard yang berdekatan, tampal je. dengan ini, tak payah la nak cerita ulang-ulang kat manusia-manusia concern apa jadi.
Kau rasa best tak??
No comments:
Post a Comment