Tuesday, December 1, 2009

aku nak luah isi hati boleh tak?


Sejujurnya , aku sudah bosan hidup seorang diri tanpa kasih sayang seorang teman yang digelar seorang kekasih. aku tiada tempat untuk mengadu di kala aku perlukan tempat untuk mengadu selain mama aku. aku tiada sokongan di kala aku perlukan sokongan seorang yang sentiasa menyokong dari belakang. aku tiada seseorang yang boleh aku bermanja tidak kira waktu. aku cemburu bila melihat remaja remaja lain yang sebok bermanja bersama pasangan masing masing. sedangkan aku? aku hanya bersendirian. aku hanya ada kawan kawan yang tidak mampu beri aku sedikit kasih sayang seperti seorang insan bernama kekasih. sudah hampir tujuh tahun aku tidak merasakan zaman berpasangan.percaya tak?pelik kan. kini aku maseh lagi sendirian tanpa teman. bukan aku tidak cari , aku cari. tapi tiada yang melekat di hati. kalau ada sekalipon , tak sempat kenal sudah ada yang tak kena. bukan aku memilih. aku tidak memilih. tapi aku perlu memikirkan masa depan. adakah aku pasti untuk bersama dengan seseorang itu sehingga bila bila? aku sendiri tak pasti. bukan aku memilih. tapi orang-orang diluar sana yang terlalu memilih. sedikit cacat pada diri aku , teros tinggalkan aku jaoh jaoh. apa salah aku? bukan aku memilih. cuma aku mahukan seorang yang menepati ciri kekasih idaman. aku juga mahukan bahagia seperti orang lain. aku tidak mahu berpura pura. bukan aku memilih. cuma jodoh belom tiba. jodoh pertemuan ditangan Tuhan kan? serah saja pada takdir. aku pasti akan teros menunggu dan teros tunggu tanpa segan silu. buat masa ini , biarkan saja aku dengan duniaku. dunia gila tanpa genggaman erat tangan seorang kekasih bernamakan TEMAN SEJATI.

aku disini bukan mahu meminta simpati.
hanya meluahkan isi hati.
kalau kau rasa aku tak malu minta simpati.
berambos kau , dan jangan singgah blog ini lagi !

4 comments:

  1. I like the last part :)
    I,m here for u anytime, like u are fr me

    ReplyDelete
  2. sume org perlukan psgn.
    & just so you know that
    IT'S OKAY TO BE CHOOSY AT YOUNG AGE :P
    & do not ever ever ever, spend your time with the wrong person.

    there are alot of good & interesting people out there.
    HAPPY SEEKING! <33

    ReplyDelete
  3. ~hurm~
    samtymes,
    thoSe yg u nmPak as ur fRen tu lah bukan kwn seJati u...
    perhapS,
    u shuD kuar dr comFort zoNE u skrg n try minGLe wit otherS...
    may b u cuD finD a fren yg xmCm kwn2 u skrg nie...
    whO noeS right??
    (^,^)

    ReplyDelete