Kadang-kadang cinta boleh tergugat hanya kerana kita terlalu memikirkan kata-kata orang lain. Bila kawan2 kata"Kenapa kau pilih dia? Takde org lain ke?"-"Aku sayang dia""Kenapa kau pilih dia? Dia bukan hensem pun"-"Tapi dia baik"Tu baru dua org tanya. Kalau dah org ke sepuluh tanya,"Kenapa pilih dia? Dahla takde duit"-"Entah.. mungkin aku pun memang tak sesuai dengan dia..."Kenapa mesti dengar kata orang? Kalau korang betul2 suka, sayang dgn org tu, buat apa korang nk malu? buat apa nk peduli cakap org? Kenapa sanggup korang ketepikan perasaan org yg korang syg semata-mata kerana memikirkan apa yg kawan2 korang kata?Kalau betul korang syg, sepatutnya biar satu dunia yang menentang, korang kena tentang balik!!Indahnya hidup bila setiap kali bangun tidur ada seseorang kat sebelah.. someone to hug.. someone to love.. someone who love us for who we are..mmg susah kalau kita nk carik cinta ni.Seringkali kita kesali cinta yang tak mampu kita pertahankan. Seringkali kita salahkan orang lain atas sesuatu yang kita sendiri yang tak mampu lakukan.Mungkin mudah untuk kita mencari yang lain. Tapi adakah mudah untuk kita temui org yg benar2 sesuai untuk kita? Atau adakah kita yg terlalu memilih?Kerana kita sering mahukan yg terbaik dlm hidup, kita juga mahukan pasangan terbaik untuk hidup kita.Ada orang yang mahu pasangannya cantik atau kacak. Tapi bila dah dapat, jumpa yg lebih cantik atau kacak, dia mula berubah perasaannya. Ada org mahu pasangannya kaya dan berharta. Tapi bila dah dapat, jumpa yg lebih kaya dan berharta, berubah juga perasaannya.Bukankah lebih baik kita tanam dalam hati, pasangan yg kita perlukan sebenarnya adalah org yg kita percaya dan dia juga mempercayai kita. Kita perlukan org yg jujur, samada kata2 ataupun perbuatan. Kita perlukan org yg sering membuatkan kita ketawa, dan turut bersedih ketika kita dalam kedukaan. Dan kita perlukan org yg tak pernah dan tak akan mengambil kesempatan atas kepercayaan yg kita berikan.Andaikata ada antara kita yg telah melakukan kesilapan terhadap pasangan, jgnlah letakkan ego sebagai penghalang. Mungkin sukar untuk melafazkan maaf. Namun kata maaf itu lah sebenarnya perkataan magis yg tiada ganti.
Thursday, September 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment