Tuesday, April 9, 2013

Duhai lemak

Hari ni nak berkongsi sikit dengan semua, "udang sama udang, masak gulai dalam kuali". faham? tak kan? okay..memang takde kena mengena dengan cerita yang aku nak bagi tau saje je sebagai pembuka bicara,  Aku sangat stress sekarang ni, terlalu stress bukan kerana kerja, mahupun kewangan tetapi anak yang aku kandungkan selama 23 tahun ni makin membesar tapi tak keluar-keluar! Sumpah tertekan gila!

Hari first masuk kerja pakai blazer tapi tak boleh nak butangkan sebab tak sampai.  Itu takpe lagi, sekali owner yang datang kat hotel ni tanya,

" Why you never button up your blazer?"

Au hanya mampu terkedu macam tercekik tulang itik!!!Bukan tak nak kurus, tapi dah bermacam produk aku cuba, Jus Mate 5, Inchloss, Jamu Mak Dara, Marvellon, eh? semua tak berjalan! Aku tau orang akan samakan aku dengan Adele, tapi korang faham tak yang aku tak suka disamakan dengan orang lain..gitchewww!!

Itulah masalah dan permasalahan untuk aku sekarang ini, makin aku jauhkan makanan, ada je syaitonnirrajim berbisik kat telinga suruh makan, oh tuhan, aku tak kuat,.

Kalau nak cakap azam kurus, dah daripada tingkatan 5 sampai la ke umur 23 tahun ni tak berjalan langsung. Aku sangat takutkan penimbang berat buat masa sekarang ni. Aku takkan terima hakikat kalau berat aku sama dengan berat Shrek. :'(




"Hye you can call me Kasha, welcome to Sri Manja Hotel"
 
 
 
 
 
 
 
grrrrr...


 

No comments:

Post a Comment