Wednesday, April 20, 2011

NEW BOK CHAPTER 2011

Assalamualaikum semua :)
macam mana nak mula. setelah berbulan bulan tak update blog, baru  terfikir nak update,. ye lah, nak update blog ni bukannya senang, kadang kadang tu terpaksa nak tunggu berbulan bulan untuk fikirkan idea apa nak tulis. Kalau salah tulis nanti, orang dah taknak baca blog kita. hurm.. anak pak hassan pun dah bising kenapa aku dah tak update . oklah lupakan cerita pasal update update ni dan anak pak hassan, lagipun ikut suka hati aku la nak tulis bila kan?


guys, aku dah nak habis study. terkejut tak? aku dah nak habis study!. okay mmg semua orang tau pun kan. ye lah saja nak cakap aku sedih sekarang ni bila nak fikir untuk tinggalkan kuantan. dulu tak sedih macam ni pun. tapi sekarang yang macam lebih lebih pulak. Ya, memang life akan diteruskan dan kita akan tinggalkan apa yang kita ada sekarang ni. Tapi bagi aku, aku tak suka nak lepaskan apa yang aku ada sekarang ni. bukannya aku takut nk brdepan dgn future.tapi entah lah., perasaannya tak sama. boleh ke aku jumpa kawan sekelakar shika lepas ni? ada lagi ke kawan yang seksi berani gila mati boleh tak? macam nik naquin? sebaik an? sekepala macam baby?lyn?  ada ke? entah lah. eh lupa jap. secomel gigi zoey? ada ke? bukan itu ukuran sebenarnya, tetapi saya sangat beruntung ada kawan kawan macam ni. yang ada masa kita susah senang, yang ketawa dan menangis bersama.
Mungkin orang kat luar tu boleh cakap


"eleh, biasa ah tu bro..esok lusa jumpa yang lain"


ataupun


" kawan kawan je kot, tak payah la nak over"


NO, diorang bukan setakat kawan kawan, tapi dah macam adik beradik, hanya aku sahaja yang kenal perangai sebenar masing masing. Susah la nak lepaskan. :( mungkin sbb aku terlalu sayang, smpai susah nk tinggalkan kuantan. aku sayang semua ECM, Megamall, KP. lepas ni dah takde, mengangkang la dok jb.,kerja singapore. haishhh..Inilah sebenarnya saat saat yang aku tak suka, sebab aku akan hilang semuanya.


*(korang rasa aku nangis tak?)

1 comment:

  1. a true friend will always be there no matter how far u go.. gud luck in ur presence.. :)

    ReplyDelete