Tuesday, April 9, 2013

Duhai lemak

Hari ni nak berkongsi sikit dengan semua, "udang sama udang, masak gulai dalam kuali". faham? tak kan? okay..memang takde kena mengena dengan cerita yang aku nak bagi tau saje je sebagai pembuka bicara,  Aku sangat stress sekarang ni, terlalu stress bukan kerana kerja, mahupun kewangan tetapi anak yang aku kandungkan selama 23 tahun ni makin membesar tapi tak keluar-keluar! Sumpah tertekan gila!

Hari first masuk kerja pakai blazer tapi tak boleh nak butangkan sebab tak sampai.  Itu takpe lagi, sekali owner yang datang kat hotel ni tanya,

" Why you never button up your blazer?"

Au hanya mampu terkedu macam tercekik tulang itik!!!Bukan tak nak kurus, tapi dah bermacam produk aku cuba, Jus Mate 5, Inchloss, Jamu Mak Dara, Marvellon, eh? semua tak berjalan! Aku tau orang akan samakan aku dengan Adele, tapi korang faham tak yang aku tak suka disamakan dengan orang lain..gitchewww!!

Itulah masalah dan permasalahan untuk aku sekarang ini, makin aku jauhkan makanan, ada je syaitonnirrajim berbisik kat telinga suruh makan, oh tuhan, aku tak kuat,.

Kalau nak cakap azam kurus, dah daripada tingkatan 5 sampai la ke umur 23 tahun ni tak berjalan langsung. Aku sangat takutkan penimbang berat buat masa sekarang ni. Aku takkan terima hakikat kalau berat aku sama dengan berat Shrek. :'(




"Hye you can call me Kasha, welcome to Sri Manja Hotel"
 
 
 
 
 
 
 
grrrrr...


 

Monday, April 8, 2013

Dah seminggu aku bekerja sebagai P.R hotel. Alhamdulillah ni semua rezeki Allah..mungkin aku baru lagi dalam bidang ni tapi Insyaallah aku akan beri yang terbaik untuk kerja aku.Hurmm... Malam ni aku tak boleh nak tidur, entah kenapa,bagaimana, walaupun, di mana, haishh..macam macam yang aku fikirkan dalam kepala sekarang ni..adakah keputusan yang aku ambil ni betul, atau sudah terlewat untuk mengubah keputusan? Aku terlalu fikirkan macam mana nak bina kehidupan macam manusia manusia lain. Ye la, baru dapat kerja,dari sekarang la aku kena fikir nak beli rumah, nak beli kereta, berapa lama nak stay dekat Kuantan ni..Aku taknak ulang balik kesilapan yang aku buat dulu, ada kerja elok elok, gaji besar tapi boros dan enjoy sana sini, feeling Paris Hilton, walhal..sedih!!Jodoh? Jauh sekali nak memikirkannya, ikut jawapan cliche, terpulang pada takdir..chhhehhhhh!!!Itulah, aku sebagai anak belum lagi dapat balas apa2 pada ayah dengan mama. Seriously memang kehidupan yang kita akan tempuhi sangat mencabar iman!! Yela masa belajar Diploma kita akan cakap rindunya sekolah!!Masa degree, rindunya zaman diploma..dan bila dah bekerja ni kita akan rindu zaman belajar kita balik..apo nek buek..hidup perlu diteruskan, selagi kita muda, baik kita perah keringat untuk cari hasil titik peluh untuk kemudian hari..biarlah bersusah dulu sekarang, sebab hasilnya nanti untuk diri kita sendiri.Percaya Allah itu selalu membantu hambanya, insyallah Dia akan bagi kesenangan untuk kita kelak. Assalamualaikum :)