Kalau nak tengok previous previous blog saya, Ya Allah, macam malu dengan diri sendiri, kata kata kosong yang berasaskan caci maki semata mata, malunyaaaa! tapi saya takkan padam tu semua kerana dari situ saya nampak perubahan dalam setiap kata kata dan tindakan kita sebelum ini. :) Kenangan hanya tinggal kenangan apa yang penting jalan hidup kita di hadapan ini.
My life has been great.. i see life as a blessing.. Setiap masa kita hidup di dunia ni adalah nikmat Allah bagi kepada kita.. Saya masih beruntung, disaat saya menulis blog ini, Allah kurniakan saya ibu dan ayah, dan family yang sangat supportive dan sayang pada saya. Saya juga dikurniakan rakan-rakan rapat yang sentiasa ada. Feyra, Jedda,Farah, Shaer, Eyza, Jane..Housemates yang faham diri saya, Michelle Henry dengan Khairil Hamizi.. I dont even know why im telling u guys this as if u know these people. But importantly mereka lah yang berada di sisi saya ketika jatuh dan bangun saya selama saya hidup bersama mereka.
Bukan senang untuk hidup berdikari, tambahan pula dekat negeri orang, tapi sepanjang tinggal di negeri orang ni, terlalu banyak benda yang saya belajar yang mungkin sebelum ini saya tidak perasan. Apa yang penting sentiasa bersyukur pada yang Maha Esa. Keputusan untuk terus bekerja datang dari diri saya sendiri selepas tamat Diploma, tipulah kalau cakap taknak sambung Degree macam rakan rakan lain, tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan Saya percaya rezeki Allah itu sentiasa ada..mungkin ini jalan yang harus saya lalui dalam waktu sekarang. Menyesal? tidak sama sekali .
Hurm baca perenggan dekat atas ni macam bosan pulak.hehe ..itulah, apa apa pun saya nak bagi tau yang saya sangat excited untuk next teater bulan jun nanti. sama sama kita nantikan ya, dah la nak sambung tido balik, nak pergi dapur tengok apa yang jatuh tadi..seramnyee!!!!bye semua, sha akan update dari semasa ke semasa lepas ni, rajin rajin baca blog sha ye sayang,
regards,
Kasha
4.50 a.m