Tuesday, April 9, 2013

Duhai lemak

Hari ni nak berkongsi sikit dengan semua, "udang sama udang, masak gulai dalam kuali". faham? tak kan? okay..memang takde kena mengena dengan cerita yang aku nak bagi tau saje je sebagai pembuka bicara,  Aku sangat stress sekarang ni, terlalu stress bukan kerana kerja, mahupun kewangan tetapi anak yang aku kandungkan selama 23 tahun ni makin membesar tapi tak keluar-keluar! Sumpah tertekan gila!

Hari first masuk kerja pakai blazer tapi tak boleh nak butangkan sebab tak sampai.  Itu takpe lagi, sekali owner yang datang kat hotel ni tanya,

" Why you never button up your blazer?"

Au hanya mampu terkedu macam tercekik tulang itik!!!Bukan tak nak kurus, tapi dah bermacam produk aku cuba, Jus Mate 5, Inchloss, Jamu Mak Dara, Marvellon, eh? semua tak berjalan! Aku tau orang akan samakan aku dengan Adele, tapi korang faham tak yang aku tak suka disamakan dengan orang lain..gitchewww!!

Itulah masalah dan permasalahan untuk aku sekarang ini, makin aku jauhkan makanan, ada je syaitonnirrajim berbisik kat telinga suruh makan, oh tuhan, aku tak kuat,.

Kalau nak cakap azam kurus, dah daripada tingkatan 5 sampai la ke umur 23 tahun ni tak berjalan langsung. Aku sangat takutkan penimbang berat buat masa sekarang ni. Aku takkan terima hakikat kalau berat aku sama dengan berat Shrek. :'(




"Hye you can call me Kasha, welcome to Sri Manja Hotel"
 
 
 
 
 
 
 
grrrrr...


 

Monday, April 8, 2013

Dah seminggu aku bekerja sebagai P.R hotel. Alhamdulillah ni semua rezeki Allah..mungkin aku baru lagi dalam bidang ni tapi Insyaallah aku akan beri yang terbaik untuk kerja aku.Hurmm... Malam ni aku tak boleh nak tidur, entah kenapa,bagaimana, walaupun, di mana, haishh..macam macam yang aku fikirkan dalam kepala sekarang ni..adakah keputusan yang aku ambil ni betul, atau sudah terlewat untuk mengubah keputusan? Aku terlalu fikirkan macam mana nak bina kehidupan macam manusia manusia lain. Ye la, baru dapat kerja,dari sekarang la aku kena fikir nak beli rumah, nak beli kereta, berapa lama nak stay dekat Kuantan ni..Aku taknak ulang balik kesilapan yang aku buat dulu, ada kerja elok elok, gaji besar tapi boros dan enjoy sana sini, feeling Paris Hilton, walhal..sedih!!Jodoh? Jauh sekali nak memikirkannya, ikut jawapan cliche, terpulang pada takdir..chhhehhhhh!!!Itulah, aku sebagai anak belum lagi dapat balas apa2 pada ayah dengan mama. Seriously memang kehidupan yang kita akan tempuhi sangat mencabar iman!! Yela masa belajar Diploma kita akan cakap rindunya sekolah!!Masa degree, rindunya zaman diploma..dan bila dah bekerja ni kita akan rindu zaman belajar kita balik..apo nek buek..hidup perlu diteruskan, selagi kita muda, baik kita perah keringat untuk cari hasil titik peluh untuk kemudian hari..biarlah bersusah dulu sekarang, sebab hasilnya nanti untuk diri kita sendiri.Percaya Allah itu selalu membantu hambanya, insyallah Dia akan bagi kesenangan untuk kita kelak. Assalamualaikum :)

Wednesday, March 13, 2013

Samudera

Assalamualaikum!

Dear blog, I've left u unattended for quite sometime now. I guess u must be really lonely.. Kesian you.. Jangan nanges eh baby..Daddy sayang dekat you.

So, saya masih ingat pertama sekali saya start blogging. Wow, when was it? 2009? How quick time pass by. One thing for sure,I've always missed blogging. Bukan taknak update, tapi setiap kali nak update tiba tiba macam takde idea, bila dah ada idea, laptop pulak takde depan mata. Bila ada idea dengan laptop, rumah pulak blackout. *Okay tipu je. Last saya update pada 2011, hurm nak dekat 2 tahun jugak tu. Macam macam yang berlaku sepanjang dua tahun ni, zaman belajar sudah jauh kebelakang, tapi saya masih hidup dalam memorinya. Rasa macam .. (okay kejap ada bunyi benda jatuh dekat dapur!*@%@^^@&&&*%)  rasa macam semalam nampak Wany Wonka pakai jeans ketat dengan t-shirt sendat tapi harini dah bertudung dah budak tu. Comel okay. dah lupakan. 

Kalau nak tengok previous previous blog saya, Ya Allah, macam malu dengan diri sendiri, kata kata kosong yang berasaskan caci maki semata mata, malunyaaaa! tapi saya takkan padam tu semua kerana dari situ saya nampak perubahan dalam setiap kata kata dan tindakan kita sebelum ini. :) Kenangan hanya tinggal kenangan apa yang penting jalan hidup kita di hadapan ini. 

My life has been great.. i see life as a blessing.. Setiap masa kita hidup di dunia ni adalah nikmat Allah bagi kepada kita.. Saya masih beruntung, disaat saya menulis blog ini, Allah kurniakan saya ibu dan ayah, dan family yang sangat supportive dan sayang pada saya. Saya juga dikurniakan rakan-rakan rapat yang sentiasa ada. Feyra, Jedda,Farah, Shaer, Eyza, Jane..Housemates yang faham diri saya, Michelle Henry dengan Khairil Hamizi.. I dont even know why im telling u guys this as if u know these people. But importantly mereka lah yang berada di sisi saya ketika jatuh dan bangun saya selama saya hidup bersama mereka.

Bukan senang untuk hidup berdikari, tambahan pula dekat negeri orang, tapi sepanjang tinggal di negeri orang ni, terlalu banyak benda yang saya belajar yang mungkin sebelum ini saya tidak perasan. Apa yang penting sentiasa bersyukur pada yang Maha Esa. Keputusan untuk terus bekerja datang dari diri saya sendiri selepas tamat Diploma, tipulah kalau cakap taknak sambung Degree macam rakan rakan lain, tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan  Saya percaya rezeki Allah itu sentiasa ada..mungkin ini jalan yang harus saya lalui dalam waktu sekarang. Menyesal? tidak sama sekali .

Hurm baca perenggan dekat atas ni macam bosan pulak.hehe ..itulah, apa apa pun saya nak  bagi tau yang saya sangat excited untuk next teater bulan jun nanti. sama sama kita nantikan ya, dah la nak sambung tido balik, nak pergi dapur tengok apa yang jatuh tadi..seramnyee!!!!bye semua, sha akan update dari semasa ke semasa lepas ni, rajin rajin baca blog sha ye sayang, 


regards,
Kasha
4.50 a.m